
Sulit
4 tahun
Sakit Leher di Belah Kiri
Saya lelaki dalam 20’an dan mengalami sakit seperti bengkak di leher belah kiri saya. Apabila saya sentuh leher sebelah kiri, saya dapat rasa ada benda timbul. Bengkaknya tak boleh dinampak tapi apabila saya cuba sentuh atau regangkan leher ianya agak sakit.
Maklumat diri tentang saya:
Tinggi : 174 cm
Berat : 101 kg
Umur : 2X tahun
Smoker

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid
- kelenjar Lymph node yang membengkak
- Ketulan lemak (Lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.