
Sulit
3 tahun
Sakit lengan tangan lepas astra zeneca vaksin sudah 1 bulan
Hi lepas vaksin astra zeneca 27 Aug, tempat tangan di cucuk sakit sampai sekarang. Malam tidur sakit. Kalau ambil barang berat sakit juga. Tolong nasihat. Terimakasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kesakitan dan bengkak di tempat suntikan vaksin lazimnya merupakan kesan sampingan yang ringan dari vaksinasi COVID-19. Kesan sampingan ini biasanya sangat minimum dan hanya berlangsung selama beberapa hari.
Walau bagaimanapun, gejala sakit lengan yang berterusan atau semakin parah boleh menandakan kesan sampingan yang lebih serius atau masalah kesihatan lain yang memerlukan pemerhatian doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini