
shud1361
5 tahun
Sakit lepas pembedahan Entopik
Saya umur 31thn, baru sebulan lebih buat pembedahan entopik buang tiub sebelah kiri.Sy dah dtg period utk ptama kali selepas pembedahan. Baru2 ni saya rasa sakit berdenyut2 bwh perut sebelah kiri. Sy nk tahu sakit tu disebabkan kesan pembedahan ke…adakah sakit tu normal.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan serta sejarah kesihatan yang anda berikan, terdapat beberapa kemungkinan yang terjadi daripada gejala diatas seperti:
- Ovulasi pada ovari sebelah kiri
- Jangkitan kuman pada organ pelvis
- Keradangan pada luka jahitan
- Jangkitan saluran air kencing
- Endometriosis
- Pendarahan dalaman
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.