
zulhaida
5 tahun
Sakit lutut bila nak exercise
Lelaki berumur 47 tahun, mengalami sakit lutut, apa yg perlu utk mengurangkan sakit?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut apabila hendak bersenam boleh disebabkan:
- Kecederaan pada ligamen/tendon atau meniskus lutut
- Osteoartritis lutut
- Gout
- Masalah pada patella lutut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.