
Anonymous
5 tahun
Sakit lutut kanan secara tiba tiba
Saya remaja umur 18 tahun…saya adalah seorang pelajar kolej…saya nak tahu kenapa lutut kanan saya tiba tiba sakit…haritu sabelum test human system lutut saya tak sakit lagi…selepas blik test tu tiba tiba rasa sakit…boleh saya tahu kenapa?bila berjalan tak rasa sakit pon cuma rasa time nak lipat lipat kaki je.kebetulan masa tu saya tengah period…adakah faktor period menyebabkan sakit lutut tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat kemungkinan lulut anda mengalami kecederaan ringan ketika melakukan aktiviti lasak. Saya kurang pasti apakah yang anda lakukan ketika test human system tersebut, tetapi sekiranya ia melibatkan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan sebagainya, lutut anda boleh tercedera ketika aktiviti tersebut.
Biasanya haid jarang menyebabkan kesakitan pada sendi melainkan rasa lenguh pada tubuh secara amnya. Sekiranya sakit lutut anda berpanjangan atau semakin teruk, sila dapatkan rawatan dengan segera. Anda boleh lik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.