
Sulit
4 tahun
Sakit masalahnya period tak datang dan negative
Saya nak tanya, saya x datang period dan hari ni adalah ke 34 hari… Test urine negative macam mana tu doctors

4 tahun
Hai. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Haid yang datang dengan tidak sekata atau seragam atau dalam kes anda selama 34 hari dan ujian kehamilan negatif boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain.
- Penyakit yang dinamakan polycystic ovarian syndrome (PCOS) dimana terdapat banyak ketulan cyst di dalam ovari wanita, menyebabkan haid tidak datang dengan kerap dan hirsutism (bulu tumbuh mengikut pola lelaki). Sindrom ini boleh menjadi punca kepada kesukaran untuk hamil.
- Berat badan yang berlebihan ataupun obes.
- Alat perancang keluarga di dalam rahim (IUCD)
- Pengambilan pil atau suntikan pencegah kehamilan.
- Tekanan (stress).
- Penyakit tiroid.
Bagi mengesahkan punca kitaran haid anda yang lewat dan tidak sekata tersebut, adalah dinasihatkan untuk anda segera berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan fizikal dan pelbagai penyiasatan boleh dilakukan untuk menentukan puncanya.
Mengikut ilmu perubatan moden, untuk memastikan peratusan kehamilan yang tinggi, sesebuah pasangan itu perlulah melakukan hubungan kelamin sebanyak 3 ataupun 4 kali dalam masa seminggu. Bagi keadaan anda, masalah haid yang datang lambat itu mungkin menjadi punca kepada kesukaran anda untuk mendapatkan cahaya mata. Jadi, perkara tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu.