
Sulit
3 tahun
Sakit mata dan kepala, mudah letih
Hi saya wanita berumur 20 tahun. Saya sering mengalami sakit kepala yang teruk sejak beberapa bulan lepas. Saya juga mengalami sakit mata yang teruk di bahagian dalam. Sakit diotot bahagian mata. Terasa tegang. Walaupun sudah mengambil ubat sakit tu tetap ada. Sampai nak buat kerja pun susah. Kadang saya rasa sangat penat walaupun tidak berbuat apa ap dan tengkuk terasa lenguh dan letih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit kepala mempunyai pelbagai penyebab samada perkara yang serius ataupun tidak, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah sakit kepala anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .