
Sulit
4 tahun
Sakit membuang air kecil selepas bersama suami
Hi. Saya berumur 23tahun. Saya baru berkahwin. Pertama kali sy bersama suami saya, saya ok. Setelah beberapa hari, bila sy bersama suami sy, saya merasa sakit apabila membuang air kecil. Semasa mengeluarkan air kecil, tidak merasa sakit. Setelah hampir selesai membuang baru merasa sakit. Keadaan saya ok. Saya boleh lakukan aktiviti harian seperti biasa cuma sakit ketika nak buang air kecil. Adakah ini normal untuk pasangan baru kawin atau mmg saya mempunyai masalah? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya sangat risau sudah 2 hari keadaan saya begini. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan olehi:
- Jangkitan saluran kencing, jangkitan buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan). Punca jangkitan adalah hubungan seksual, penyumbatan separa laluan kencing, kateter, atau najis yang menyentuh faraj.
- Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang terbatas (Inkontinens limpahan) . Inkontinens limpahan boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (daripada kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau oleh penyumbatan dalam saluran kencing, seperti batu karang, atau tumor saluran kencing yang menyekat saluran kencing.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah sakit selepas membuang air kecil kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.Terima kasih.
Reply
Bookmark Share Flag Invite Reply
Normal
You will be notified if someone mentions your @name or replies to you.