
fadzlyfarah94
5 tahun
Sakit muscle belakang badan atas pinggang sebelah kanan
hi doctor, kali ke3 saya kena sakit ni… saya ni keje buruh angkat barang berat. sakitnya datang selang sehari dua, kerap terjadi dalam bulan ni …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Merujuk kepada pekerjaan anda yang memerlukan anda mengangkat beban berat, untuk makluman anda, secara ergonomik dan secara undang-undang berat maksimum yang boleh diangkat oleh seseorang sendiri adalah sebanyak 25kg. Sebaiknya anda cuba mematuhi had tersebut ataupun minta bantuan rakan sekerja untuk membantu mengangkat barangan tersebut. Selain itu, adalah dinasihatkan untuk mengamalkan postur tubuh dan teknik pengangkatan yang benar bagi mengelakkan timbulnya masalah lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.