
Sulit
4 tahun
Sakit, nyeri perut tak sembuh sembuh
Dok saya dah lama sakit,nyeri perut dan sakit,lebam tulang ekor.waktu BAB lubang punggung nyeri, adakah ada kaitan antara kedua duanya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pihak kami tidak dapat untuk membuat kesimpulan sama ada gejala yang anda hadapi berkaitan atau tidak kerana banyak lagi maklumat lain yang diperlukan.
Masalah sakit perut ini boleh disebabkan oleh banyak perkara bergantung dengan kawasan perut yang sakit kerana kawasan perut boleh dibahagikan kepada 9 bahagian. Dan setiap bahagian ini boleh merujuk kepada organ yang berbeza. Antaranya adalah:
Keracunan makanan
Gastrik adalah disebabkan oleh asid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Manakala untuk gejala sakit ketika buang air besar, ianya boleh disebabkan oleh:
Anal Fissures (luka di anus)
Ulcerative colitis
Masalah kulit di kawasan tersebut
Jangkitan seperti abses di dubur (nanah di dubur atau rektum anda), jangkitan kelamin seperti klamidia, gonorea, herpes, dan sifilis, serta jangkitan kulat
Endometriosis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.