
Sulit
5 tahun
Sakit pada alat kelamin
Saya remaja dalam lingkungan 20’an mengalami sakit pada bahagian kepala zakar ketika menegang. Apabila zakar menegang, kepala zakar akan terasa sakit dan ianya bertambah sakit apablia ditekan-tekan.
Saya masih teruna dan belum petnah lagi pernah melakukan hubungan intim.
Bolehkah doktor memberikan maklumbalas berkenaan dengan sakit yang saya hadapi, dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membaikpulihkan penyakit saya ini?
Jasa baik doktor amat saya perlukan, sekian terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada alat kelamin anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keradangan kulit - akibat geseran pada seluar dalam atau bahan pencuci
- Jangkitan kuman pada kulit zakar
- Kulit sensitif
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.