
Sulit
5 tahun
Sakit pada atas kemaluan di bawah perot
Assalamualaikum doktor… Saya 3 hari ini sakit dia atas kemaluan dan di bawah perot… X berterusan kadang² saja… Rasa sengal… Mcm mana ye doktor… Saya takut … Saya belum berkahwin dan tidak penah melakukan hubugan sex…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di perut bahagian bawah boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Appendisitis kronik
- Penyakit keradangan pelvik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.