
Sulit
4 tahun
Sakit pada bahagian abdomen
Im a teenager yang berusia 22 years old. Saya mengalami sakit pada bahagian abdomen dan boleh terangkan kenapa dan adakah sejenis penyakit yang berbahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi pada masa ini. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami masalah sakit perut atau abdomen:
- Radang apendiks (appendicitis)
- Radang pankreas (pancreatitis)
- Ulser gastrik atau duodenum
- Keracunan makanan
- Divertikulitis
- Kanser usus
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Ia juga boleh disebabkan oleh sebab lain yang tidak disebutkan di atas. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat ke atas anda dan rawatan akan diberikan sekiranya perlu.
Sila jumpa dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Muntah-muntah
- Najis berdarah
- Buasir
- Cirit-birit
- Sukar membuang air besar
- Sakit perut yang mengganggu aktiviti harian
- Demam
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.