Anonymous
6 tahun
Sakit pada bahagian buah zakar
Saya seorang lelaki berumur 21tahun…2 3 hari ni saya merasakan sakit dan senak di bahagian buah zakar saya…secara mata kasarnya…saya mendapati…ianya seperti varikokel…adakah saya perlu menjalani operasi ?..kerana saya perlu melapor diri pada minggu hadapan…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah testis bengkak yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
Merujuk kepada keraguan anda, semua testikel berbeza antara lelaki, malah testikel di sebelah kiri juga boleh berbeza dari sebelah kanan dari segi saiznya. Anda harus kenal pasti kelainan pada testikel sendiri berbanding sebelumnya sama ada terdapat ketulan atau saiz semakin besar.
Bagi gejala kanser testikal pula ia termasuk:
- Terasa berat dalam testis, kadang kala sakit
- Ada ketulan di testis
- Rasa tekanan pada testis
Saya menyarankan anda untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Hal ini kerana, sebarang penyakit yang dihadapi boleh dirawat dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit pada buah zakar boleh disebabkan oleh banyak faktor. Konsultasi lanjut, pemeriksaan fizikal dan ujian perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan atau diagnosis dapat buat. Antara punca kepada masalah ini adalah:
- Jangkitan kuman
- Hernia
- Kecederaan
- Ketumbuhan
- Varicocele dan sebagainya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































