Anonymous
4 tahun
Sakit pada bahagian perut belah kanan
Isteri saya mengalami sakit perut di di bahagian kanan setelah mengambil pill perancang postinor 2… Die makan selepas kami bersama dalam tempoh 72 jam tuh tapi die menelan kedua pill itu sekali gus… Jadi sy hendak tahu adekah kebarangan kalian die untuk mengandung itu tinggi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman tambahan pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas berhubungan. Malah, mengambil 2 pil sekaligus tidak akan meningkatkan efektivitas ubat, namun tidak juga menurunkan efektivitas ubat.
Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala sakit terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih