
mohdadli2075
5 tahun
Sakit pada bahagian pusat
Saya lelaki 18 tahun,pusat Saya berasa sakit dan keluar air Kotor dan sedikit darah.Kenapa ia berlaku

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang ditujukan. Untuk pengetahuan anda, masalah pusat sakit & keluar air boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan kulat atau kuman
- Urachal cyst (kista uracal)
- Sebaceous cyst (kista yang terjadi daripada kumpulan minnyak pada kulit)
- Kesan sampingan pembedahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.