
Sulit
4 tahun
Sakit pada bahagian sulit iaitu dubur
Saya lelaki 20an. Saya mengalami sakit pada bahagian dubur. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami sakit seperti ini. Ia membuatkan saya tidak selesa dan bimbang kalau mempunyai penyakit yang lebih serius atau teruk.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi iaitu:
- Jangkitan dalam dubur
- Cyst pada bahagian dubur
- Masalah pada saraf pudendal
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.