
Sulit
5 tahun
Sakit pada bahagian tengah Dada
Saya wanita berumur 26 tahun. Saya diserang sakit di bahagian tengah dada yang teramat sehingga pergerakan saya terhad dan Berlaku kemarin. Sakit ini pernah berlaku tapi jarang dan akn hilang dalam beberapa jam. Tapi kemarin, sakit tidak hilang sampai ke hari ini. Sakit akan terasa ketika mahu bergerak, mengangkat tangan, gelak, batuk, bersin dan tunduk. Ketika baring pun akan terasa sakit. Boleh doc advise.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada tengah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- serangan jantung
- masalah asid perut berlebihan (GERD)
- jangkitan kuman dan bakteria terutamanya pada paru-paru (pneumonia)
- arteri badan terkoyak (leaking abdominal aorta)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.