Sulit
4 tahun
Sakit pada bahagian tulang belakang, dada dan belakang dada
Saya wanita umur 16 dan saya selalu sakit pada bahagian tulang belakang, bahagian dada dan bahagian belakang dada.Dalam sebulan ada da tiga hari juga saya rasa sakit. Sakit ni datang serentak, contohnya saya akan start sakit tulang belakang dulu, lepastu sakit pada bahagian belakang dada dan kemudian sakit pada bahagian dada. Saya rasa susah bernafas dan bila saya tekan dada sakit tu mencucuk-cucuk
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah anda boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- Kesakitan akibat radang esofagus
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi.
Masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
Saya menasihatkan anda untuk ke hospital bagi pemeriksaan lanjut kerana sakit dada boleh membawa kepada masalah serius dan maut. Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti dibawah, jangan berlengah untuk ke hospital:
- Sakit di bahagian dada yang menyucuk dan kerap
- Sakit merebak ke lengan, rahang dan bahu
- Loya dan muntah muntah
- Rasa berdebar debar
- Sesak nafas
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.


































