
Sulit
5 tahun
Sakit pada bahagian zakar
Saya remaja yang berumur 16 tahun dan saya mengalami masalah zakar. Masalah ini ialah ada bonjolan pada bawah zakar saya dan ia berada pada atas telo saya.Apakah penyakit ini? Adakah ia bahaya pada Saya?? Apa patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang ditujukan. Untuk pengetahuan anda, masalah ketumbuhan pada batu zakar boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Hydrocele (pengumpulan air pada batu zakar/ skrotum)
- Epididymal cyst (kista epididimal)
- Spermatocele (sperma yang terkumpul)
- Ketumbuhan pada skrotum (buah zakar)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.