
Sulit
4 tahun
Sakit pada bawah abdomen
Saya wanita muslim berumur 20an. Saya mengalami sakit yang rasanya mencucuk-cucuk di bahagian bawah perut sebelah kanan. Sakit di bahagian dalam badan. Saya pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dan kuatir akan dikenakan apa apa tindakan jika saya pergi ke klinik atau hospital. Apa yang saya perlu lakukan dengan masalah saya dan adakah saya akan dikenakan apa-apa tindakan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,sakit bawah abdomen boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sembelit
- jangkitan saluran kencing
- batu karang
- sakit otot
- hernia (angin pasang)
- usus tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.