
Sulit
3 tahun
Sakit pada perut atas pusat
Hi doc… Sy perempuan berumur 37 tahun. Saya Rasa nyeri kat perut atas pusat… Rasa yang sama pada kedua pinggang dan belakang pinggang. Perut rasa macam macam mengeras sikit. Rasa tak selesa selama 3 ari ni. Apa simptom yang saya alami ni? Terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian perut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Dispepsia
- Jangkitan kuman Helicobacter pylori di dalam perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD) suatu keadaan yang menyebabkan asid perut mudah naik seperti akibat tekanan dalam perut pada wanita hamil]
- Esophagitis iaitu keradangan esophagus biasanya akibat refluks asid perut
- Penyakit ulser peptik iaitu apabila terdapat luka di dalam dinding perut
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.