Anonymous
3 tahun
Sakit pada pingang kanan
Hi, Saya wanita berusia 25tahun, saya mula rasa mudah letih dan kadang pening hingga tidak stabil untuk berjalan sudah lebih seminggu…4hari lepas pula ditambah dengan rasa sakit pinggang kanan dalam setiap pergerakan sy dan sy bertambah kerap buang air kecil…boleh saya tahu berkenaan masalah kesihatan saya dan apakah rawatan yang boleh diambil?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang sebelah kanan boleh disebabkan:
- Masalah berkaitan dengan tulang belakang dan otot di bahagian belakang badan
- Penyakit berkaitan buah pinggang - seperti jangkitan kuman, keradangan, batu karang
- Penyakit keradangan pelvis
- Endometriosis
- Fibroid
- Kehamilan ektopik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































