
Sulit
4 tahun
Sakit pada pinggang sebelah kanan
Saya wanita berumur 31 tahun dan telah berkahwin. Hari pertama saya terasa sakit pada pinggan sebelah kanan, saya juga terasa sakit ketika membuang air kecil. Namun, setelah itu sakit ketika membuang air kecil semakin berkurangan. Namun, sakit pada pinggang sebelah masih terasa sakit sehingga kini terutama semasa mengiring. Sekarang saya mengalami sakit pada paru-paru kanan semasa menarik nafas yang panjang. Apakah jenis ubat yang boleh saya ambil untuk menahan sakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada pinggang sebelah kanan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Untuk mengetahui rawatan atau ubat-ubatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secara langsung.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!