
Sulit
3 tahun
Sakit pada pipi, tersentap
Hi doktor, saya lelaki usia 25 tahun. Nak tanya kenapa kadang bila saya gerakkan jaw ada bunyi tersentap. Sekali sekala je jadi, contoh saya bukak mulut luas ke ada la tu tersentap.
And ada rasa sakit bila pegang dkt jaw, area pipi bawah telinga. Ingat sakit gusi bila tekan gusi dalam xde lak sakit.
saya x pernah eh patah2 tulang ke.Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda nyatakan di atas adalah terlalu umum. Kami perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan mengenai masalah anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.