
Sulit
5 tahun
Sakit pada rahim secara tiba tiba
Saya wanita berumur 23 tahun, belum berkahwin, saya mengalami sakit yg menusuk dibawah pusat saya (Rahim), sakit itu bermula dari sy kerap ke tandas untuk membuang air besar. Setiap kali saya habis makan selepas 3-5 minit saya confirm akan ke tandas untuk membuang air besar selama 2 minggu berturut2. Tetapi hari ini selepas saya selesai dari tandas.Sy mengalami sakit pada rahim saya yg sangat menusuk sehingga saya tekan perut sy sedikit pun sudah rasa sangat sakit Untuk makluman doc, sy belum datang haid pada bulan ini, lagi 13 hari sy akan datang haid berdasarkan kiraan sy Dan sakit ini bukan seperti sakit senguggut ianya lebih sakit sehingga sy duduk dalam posisi mencangkung sy boleh rasa bahagian rahim sy sangat sakit dan lubang jubur sy boleh merasa sakit dari rahim sy.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit pada bahagian rahim ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada rahim atau pundi kencing
- Kandungan luar rahim
- Keradangan appendiks atau usus
- Keracunan makanan
- Batu karang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.