
Sulit
4 tahun
Sakit pada testicle sebelah kir
Saya lelaki berumur 26 dan belum berkahwin.sejak 2 hari ini saya ada sakit pada testicle kiri saya. Sakit dia x kuat tapi sakit on off. Kejap sakit kejap x. Adakah ini biasa atau serious

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit pada testis.
Untuk makluman anda, sakit pada bahagian testis boleh disebabkan oleh banyak perkara daripada kurang serius kepada yang serius. Antara penyebab sakit testis adalah:
- Keradangan buah zakar
- Jangkitan kuman
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Angin pasang (hernia) terbelit
- Hidrosele - bengkak cecair dalam buah zakar
Saya menasihatkan anda untuk segera ke klinik sekiranya sakit ini berterusan dan diiringi gejala lain seperti:
- Perubahan warna kulit pada buah zakar
- Sakit yang kuat
- Buah zakar bengkak
- Sakit apabila disentuh
- Keluar cecair pada zakar
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.