Sulit
4 tahun
Sakit pada testis sebelah kanan
Saya lelaki ,20-an . Mengalami sakit atau senak pada testis sebelah kanan sahaja selepas terangsang tetapi sperma tidak dikeluarkan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, sakit pada testis semasa terangsang sering dikaitkan dengan hipertensi epididimal (epididymal Hypertension). Ia berlaku apabila terangsang kerana peningkatan aliran darah pada penis dan testikal semasa terangsang. Apabila ia berpanjangan atau pancutan mani tidak berlaku, testis akan mengalami kesakitan atau menjadi sedikit biru.
Gejala lain untuk keadaan ini juga adalah:
- Sakit
- Rasa tidak selesa pada testis
- Rasa berat atau sengal
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun, ini hanyalah diagnosis umum . Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























