joeytan
6 tahun
Sakit pankreas dengan kencing manis tu sama ke
Sakit pankreas dengan kencing manis tu sama ke?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Pankreas adalah organ di bahagian atas abdomen. Pankreas mempunyai 2 fungsi utama:
1. Ia menghasilkan enzim, yang membantu mencerna protein, lemak, dan karbohidrat sebelum ia dapat diserap dalam usus.
2. Ia menghasilkan hormon seperti insulin, yang mengendalikan bagaimana tubuh menggunakan dan menyimpan gula (glukosa), sumber tenaga utamanya.
Terdapat pelbagai penyakit pankreas termasuk pankreatitis akut, pankreatitis kronik dan kanser pankreas.
Pankreatitis akut adalah serangan mendadak yang menyebabkan keradangan pankreas dan ada sakit bahagian atas perut yang teruk. Simptom lain termasuk mual, muntah, cirit-birit, kembung, dan demam. Punca penyakit ini termasuk penggunaan alkohol kronik, keadaan keturunan, trauma, ubat-ubatan, jangkitan, keabnormalan elektrolit, paras lipid tinggi dan keabnormalan hormon. Hanya rawatan sokongan yang akan diberikan.
Pankreatitis kronik adalah gangguan progresif yang berkaitan dengan pemusnahan pankreas. Pada mulanya, ia mungkin dikelirukan dengan pancreatitis akut kerana simtomnya serupa, sakit perut dan cirit-birit. Oleh kerana penyakit menjadi lebih kronik, pesakit boleh mengalami kekurangan zat makanan dan penurunan berat badan. Sekiranya pankreas dimusnahkan di peringkat akhir penyakit, pesakit mungkin mengalami diabetis .
Punca penyakit ini yang biasa ialah penggunaan alkohol kronik, merokok, sejarah keluarga, diet tinggi lemak dan protein dan masalah pancreas lain yang tiday dirawat. Rawatannya bergantung kepada simtom dan memberi tumpuan kepada pengurusan kesakitan dan sokongan enzim pancreas. Penghindaran alkohol adalah terapi utama. Kanser pankreas adalah punca keempat kematian akibat kanser pada lelaki dan kelima pada wanita.
Kanser ini tumbuh secara perlahan dan pada mulanya tidak menyebabkan simtom. Ia dikenali sebagai penyakit kuning yang tidak menyakitkan, perubahan warna kulit kekuningan tanpa simtom lain. Diagnosis biasanya dibuat menggunakan ultrasound. Sekiranya dikesan pada peringkat awal, kanser pankreas dapat disembuhkan dengan pembedahan.
Pada peringkat seterusnya, rawatan hanya dapat meningkatkan kualiti hidup dengan mengawal simtom dan komplikasi dan tidak merawat kanser tersebut. Bagi diabetis pula, sambungan langsung wujud antara pankreas dan kencing manis. Jika pankreas anda tidak membuat insulin yang mencukupi atau badan tidak menggunakannya dengan baik, glukosa akan berlebihan dalam badan.
Diabetes jenis 2 bermula dengan rintangan insulin dan pankreas akan berkerja lebih untuk menigkatkan insulin. Ini selepas masa yang lama akan membuat pancreas rosak dan tidak dapat hasilkan insulin.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























