tashabellalia02
6 tahun
Sakit paru paru sebelah kiri
Salam doktor. Saya seorang perempuan berumur 17 tahun. Masih bersekolah. Tinggi saya 158cm dan berat saya 47kg. Sejak akhir akhir ini, dalam 1 minggu ini paru-paru bahagian kiri saya terasa pedih dan sukar bernafas walaupun saya tidak melakukan sebarang aktiviti. Semalam,waktu saya tidur seakan akan paru-paru bahagian kiri saya dihempap. pedihnya terasa apabila saya menarik nafas. Apabila saya cuba bergerak bangun dari pembaringan,terasa sangat pedih di bahagian paru-paru belah kiri. Saya berjalan sambil terbongkok kerana pedih dan sempit dibahagian paru-paru bahagian kiri. Mohon penjelasan
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan:
- Masalah otot dada
- Radang rangka tulang
- Kayap
- Jangkitan paru-paru
- Kypho-scoliosis - masalah tulang belakang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































