
Sulit
3 tahun
Sakit payudara dan dada
Saya wanita berumur 52 dan tidak pernah berkahwin. Berat badan obesiti dan merokok. Sejak kebelakangan ini selalu terasa sakit sisi kedua-dua payudara dan kadang2 di bawah ketiak. Selalu juga rasa seperti dicucuk di bahagian dada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut sakit sisi kedua-dua payudara, dada dan kadang di bawah ketiak, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan atau keradangan otot
- Penyakit payudara
- Penyakit tulang rusuk
- Penyakit jantung iskemia
- Gangguan saluran darah
- Penyakit paru-paru
- Jangkitan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kardiologi.