mimijafridin

5 tahun

Sakit pedih ulu hati (gerd reflux)

Selamat sejahteta doctor. . Saya pernah membuat OGDS pada bulan 6 dan result saya gerd reflux and no ulcer. . Tapi doc telah bagi saya ubat omeprazole. . Selepas itu saya sakit semula dan warded dekat seminggu sakit di bahagian ulu hati lagi. . Doc bagi saya naxium pada bulan 8. . Selepas makan naxium pon tetap sakit semula di bahagian ulu hati ni tapi selepas jumpa pakar pada bulan 10 doc bagi saya semula omeprazole sehingga skrg dan katanya kalau tak ok kena beli ubat lansoprazole di luar. . Jadi persoalannya skrg saya kerap sakit di ulu hati kerana gerd sehingga saya makan painkiller tramadol celebrex dan arcoxia. . Jika sakit ni tak berkurangan perlukah saya operate nissen fundoplication?? Sebab ubat ubat yang doc bagi semua tidak berhasil dah skrg. .

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.

Memandangkan anda telah pun dilakukan pemeriksaan lanjut dan mendapat diagnosis, adalah digalakkan untuk anda mematuhi arahan pengubatan yang telah diberikan. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:

  • tinggikan posisi kepala saat tidur
  • kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
  • kurangkan makanan pedas
  • bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
  • elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
  • berhenti merokok atau vape

Adalah diingatkan bahawa perbaikan masalah GERD perlu mengambil masa 3 hingga 6 bulan pemakanan ubat dan perbaikan gaya hidup. Kesemua ubat yang diberikan doktor anda seperti omeprazol, naxium (esomeprazole) dan lansoprazole adalah merupakan ubat yang dapat membantu dalam mengurangkan pengeluaran asid perut. Akan tetapi, apabila terdapat rasa sakit, seeloknya dielakkan pengambilan painkiller seperti tramadol dan arcoxia kerana khuatir efek samping ubat penahan sakit yang malah menyebabkan reflux asid menjadi parah.

Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

stomachache

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)