
Anonymous
6 tahun
Sakit pergelangan tangan
saya berumur 14 tahun dan saya kerap bermain telefon. kini, pergelangan tangan saya sentiasa berasa kebas juga di bahagian ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. kebanyakan barang yang saya pegang selalu terlepas. sudah 4 hari ianya berlarutan.

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat banyak sebab tangan kebas, namun kemungkinan yang menyebabkan masalah anda adalah:
- Kecederaan saraf
- “Carpal tunnel syndrome”
- Kecederaan tulang belakang
- kekurangan vitamin B12
- toksin
Berdasarkan keterangan anda, kekerapan menggunakan telefon bimbit mungkin mengakibatkan kecederaan saraf atau gangguan pada struktur pergelangan tangan.
Untuk mengenal pasti punca simptom yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut serta maklumat lebih mendalam adalah diperlukan.
Anda boleh menghubungi doktor kami yang bertauliah di link ini untuk mendapatkan keterangan lanjut. Terima kasih.