
nizzatul39
5 tahun
Sakit perut bahagian ari ari
Saya remaja berumur 15 tahun.Saya Nurin.Sejak kebelakangan ini,saya kerap sakit perut di bahagian ari-ari.Saya tak berasa lapar walaupun sudah lama saya tidak menjamah nasi.Jika saya lapar,saya akan goreng nasi.Namun,waktu saya mahu makan,saya hilang selera saya.Apakah kesan jika sakit ini bererusan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan phial kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.