
Sulit
3 tahun
Sakit perut bahagian atas pusat, bawah pusat bahagian kiri dan kanan
Salam doktor, anaknperempuan saya berumur 5 tahun. Baru-baru ini dia mengalami sakit perut di bahagian atas pusat, dan bawah pusat sebelah kiri dan kanan. Dia juga kerap buang air besar, kadang-kadang tanpa dia sedari. Bahagian perut yang sakit itu juga dia tak bagi sentuh sebab sakit. Saya sudah membawanya ke hospital, namun hanya diberikan panadol dan ubat sakit perut. Tiada pemeriksaan lanjut. Doktor yang memeriksa hanya bertanya bahagian mana yang sakit. Kemudian diminta menunggu sambil Menyiapkan preskripsi ubat, Bolehkah doktor membantu anak saya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami ke khuatiran pihak puan & suami. Kami juga mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Umumnya sakit perut pada bayi boleh berpunca dari pelbagai jenis masalah dan gangguan, antaranya adalah:
- gangguan saluran hempedu
- gangguan saluran pencernaan atau usus
- jangkitan kuman (disertai dengan demam)
- tanda-tanda alahan atau lactose intolerance
- ubat-ubatan
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.