
Anonymous
5 tahun
Sakit perut bahagian bawah , sakit testis, otot paha lemah dan sakit2 otot yg lain
saya pernah alami gejala chancroid iaitu luka pada kepala zakar saya pada bulan Mei yang lalu …kini dalam sebulan asyik datang sakit ini … iaitu sakit perut bahgian bawah pusat dan testis serta sakit otot bahagian paha terutamanya …dan sakit sendi yang lain …sakit ini kadang2 timbul kadang2 tiada… adakah ini penyakit kelamin? apa jenis penyakit kelamin yang sy hadapi ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya chancre atau luka pada zakar merupakan salah satu gejala penyakit kelamin iaitu sifilis. Namun begitu, tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang gejala yang anda hadapi ini.
Selain itu, gejala sakit sendi yang anda hadapi juga baoleh jadi berkaitan dengan jangkitan kelamin atau tidak. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi memberikan maklumat lanjut, menjalani pemeriksaan atau ujian yang berkenaan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.