
Anonymous
5 tahun
Sakit perut bahagian tengah
Doktor, saya nak bertanya kenapa saya sakit perut di bahagian tengah. Adakah masuk angin? Ataupun sakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
Gastritis
GERD (Acid Refluk)
Ulser Perut
Masalah berkaitan pankreas
Angina (Aliran darah ke jantung berkurangan)
Cholestitis (Keradangan di hempedu)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.