Anonymous
6 tahun
Sakit perut belah kiri dan kembung perut berpanjangan
Saya wanita berusia 20 an, saya baru sahaja berkahwin selama sebulan lebih, selepas berkahwin saya rasa tak selesa di bahagian bawah perut belah kiri dan perut sentiasa kembung, berangin kerap sendawa dan kentut, kadang-kadang rasa sakit di bawah perut ketika melakukan hubungan dengan pasangan.Untuk makluman saya baru sahaja habis period pada seminggu yang lalu. mintak pandangan dr tentang masalah yang saya hadapi. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, sakit perut kiri disertai gejala-gejala berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit radang pelvis (Pelvic inflammatory disease, PID)
- Kandungan luar rahim (Ectopic pregnancy)
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease (IBS)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































