
atenpaan6
6 tahun
Sakit perut beserta keputihan
Saya wanita berusia 27 tahun. Saya baru mendirikan rumahtangga pada bulan December lepas. Saya mengalamni sakit perut selama 2 hari ini, sakit perut seakan senggugut sedangkan period saya sepatutnya datang lg 2 minggu. Sakit memulas-mulas dan nyeri beserta sakit pinggang. Keputihan juga makin teruk, keluar warna putih susu, tebal, dan berketul. Harap doktor dapat membantu.

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda, simptom yang anda alami merujuk kepada jangkitan Candidiasis, iaitu jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai Candida albicans. Walaubagaimanapun, jangkitan atau punca lain tidak dapat disisihkan sebelum konsultasi doktor. Anda disarankan untuk berunding dengan doktor supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih