
Sulit
5 tahun
Sakit perut dalam jangka masa panajng
Saya wanita berukur 25 tahun, saya menjalanai ujian darah dan terdapat ca125 level 39.5 dan ca199 46.5. Saya sering sakit perut dan pinggang sehingga ke kaki tapi sebelah kiri sahaja. Period semakin tidak teratur dan period cramp semakin teruk. Saya tidak membuat pemeriksaan apa2 kerasana saya sangka sakit perut hanya kerana gastrik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai keputusan Ca125 serta Ca 19-9 anda. Hal ini kerana setiap makmal mempunya bacaan normal mereka yang tersendiri serta keputusan ini sahaja tanpa makluman lain adalah tidak membantu dalam membuat kesimpulan.
Selain itu, untuk masalah sakit perut anda, ia berkemungkinan disebabkan oleh sakit dari sistem peranakan seperti rahim atau ovari, perut, usus dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.