
Sulit
4 tahun
Sakit perut dan belakang bahagian kanan
Salam sejahtera. Saya wanita berumur 21 tahun. Sebelum ini saya mengalami masalah sakit perut yg kerap, saya akan terus berak selepas makan & sy berak 4-8x sehari. namun baru2 ini, saya tidak berak sekerap itu lagi ttp saya sering merasa sakit pada pinggang & belakang bahagian kanan selepas makan & sewaktu saya berak. Dr rasa apa masalah saya ? patutkah saya pergi buat endoscopy utk tahu apa masalah saya ? Terima Kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya, sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan seperti:
- sembelit
- usus tersumbat
- appendiks
- irritable bowel syndrome
- inflammatory bowel disease
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Fibroid
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- amalkan pemakanan sihat (untuk jangka panjang)
- dan merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu