
elldacutiey14
5 tahun
Sakit perut dan dada
Saya wanita berumur 30tahun dan saya mengalami sakit dada seperti gastrik tp dalam masa yg sama, saya juga mengalami kesakitan perut yg teramat sakit. Rasa nak membuang air besar, tp bila sudah berada di tandas, tidak dapat membuang. . Kenapa ya begitu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit perut boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit keradangan pelvik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.