
Sulit
4 tahun
Sakit perut dan kembung perut
Saya kerap mengalami kembung dan sakit perut. Adakah ini berkaitan dengan ubat darah tinggi amlodipine 5mg yg saya ambil setiap hari?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, terdapat kemungkinan bahawa masalah sakit perut dan perut kembung berikut boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Ubat darah tinggi yang anda ambil iaitu amlodipine mempunyai beberapa kesan sampingan:
- Sakit kepala
- Berasa hendak pitam
- Bengkak pada kaki
- Muka menjadi kemerahan
Ubat itu jarang dikaitkan dengan masalah sakit perut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.