
Sulit
3 tahun
Sakit Perut dan Kerap buang angin
Setelah makan durian dan minum minuman berkabonat, perut sakit dan kerap buang angin.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. Dua punca yang paling utama adalah keracunan makanan (food poisoning) dan radang perut dan usus (gastroenteritis). Keracunan makanan biasanya akan menyebabkan cirit-birit dan kesakitan perut. Keracunan makanan disebabkan oleh toxin atau bahan kotor di dalam makanan.
Sebab lain seperti radang perut dan usus atau gastroenteritis juga satu kemungkinan. Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau parasit. Jangkitan ini berpunca dari makanan dan minuman yang tercemar serta persekitaran yang kurang bersih. Pesakit akan mengalami gejala seperti cirit-birit, demam, loya, sakit perut dan keletihan. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dihidrasi atau kekurangan air dan ia boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat dengan betul.
Terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan cirit birit seperti demam denggi, demam tifoid dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah lebih serius dan boleh mendatangkan maut.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.