
ainazolkhifli
6 tahun
Sakit Perut dan pinggang
Saya Aina, 22 tahun… Saya mengalami sakit perut sejak 3 hari lalu… Sakit perut tersebut di sebelah Kiri bahagian bawah… Sakit perut tersebut beserta pinggang… Selain itu, sakit tersebut mengganggu tidur saya pada waktu malam… Saya juga akan mengalami “period pain” yang teruk dan tidak mengambil sebarang ubat - ubatan…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan sakit perut atau pinggang bagi wanita, antaranya:
Otot belakang yang terseliuh
Ketegangan otot belakang
Masalah struktur tulang belakang
Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
Masalah pada struktur ovari pada wanita
Masalah pada usus
Masalah haid sakit anda juga mungkin berkaitan dengan punca sakit pinggang anda.
Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Sila rujuk kepada doktor kami untuk konsultasi secara peribadi melalui atas talian dengan klik pada link ini (DoctorOnCall)
Konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA jika anda merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih.