sitirohana774
6 tahun
Sakit perut dan rahim
asslmmualaikum. saya sudah berkahwin anak 3org.saya nak bertanya. saya sakit perut bahagian rahim. sebulan yg lalu… dlm 4mggu.sebelum ni saya keguguran tahun lepas. saya ada bersama suami. dan darah keluar meleleh. saya ingat period. saya pun tggu 3hri tp xda darah pun yg keluar. saya pun clnk kepastian saya cuba bersama suami lagi. tp keluar darah lagi. tp saya xsakit apa2 ketika bersama. sebelum saya ni saya suka amal kan jamu… dh pengambilan pil perancang. soalan saya sakit apa. barah ke… boleh pulih ke. saya risau. sya sudah cek ke doktor. tp doktor kata xda apa2.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah pendarahan selepas seks boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































