jihahmazelan
6 tahun
Sakit perut di bhagian bwh perut
Saya wanita berumur 20 thun;
sy mengalami simptom berikut
sakit perut di bhg bawah
loya dan mual
keputihan byk
sakit urat, sendi dan otot
kemurungan dan emosi tidak terkawal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, sakit perut pada bahagian bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu pada saluran kencing
- Sengugut
Masalah-masalah ini juga mungkin berkait rapat sekiranya anda mempunya kemurungan dan emosi yang tidak terkawal. Saya amat menyarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.






























