
starintheworld17
5 tahun
Sakit perut di kanan
Saya wanita berumur 31 thun. .suda berkhwin dan ada 2 org anak. .soalan saya. .saya mengalami sakit perut di area kanan perut. .sakit itu seakan menyucuk2 dan sakit mejadi kuat selama 10 minit dan beransur kurang selama berapa jam dan sakit kuat lagi. .bila sakit kuat itu datang. .sakit itu terasa smpai di area bawah perut ke paha. .dan bila hendak buang angin. .terasa sukar dan sakit d perut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang di sistem saluran kencing
- Sakit belakang saraf
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.