
Sulit
5 tahun
Sakit perut di sebelah kanan macam cucuk2 nyeri tapi setempag
Saya merupakan seorang wanita berumur 22 tahun. Saya berasa sakitperut setempat di kawasan berdekatan dengan pusat di sebelah kanan. Sakit tu rasa setempat sahaja, macam cucuk-cucuk nyeri. Jarak tempat sakit dengan pusat sekitar panjang jari kelingking. Dan sekitar 45 darjah dari pusat

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Appendicitis (keradangan apendiks)
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.