
yuslinajohari
6 tahun
Sakit perut di sebelah kanan
Saya lelaki berusia 32 tahun, alami gejala sakit di oerut belah kanan, dan sakit utk menarik nafas

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
Ulser duodenum (duodenal ulser)
Sakit yang dirasai beberapa jam selepas makan dan boleh dilegakan dengan mengambil antacid.Gastroenteritis
Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus. Penyakit ini cenderung memberikan anda rasa sakit pada perut atau lebih bertumpu pada bahagian tengah perut.Masalah pencernaan (dispepsia)
Boleh menyebabkan kesakitan di bahagian atas perut anda, bersama dengan refluks asid dan kembung.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.